Sunday, May 8, 2011

*seLamAt haRi iBu*

Bisillahirrahmanirrahim...

HAPPY MOTHER'S DAY!!! SELAMAT HARI IBU!!
To all mother2 (dah 'ol', mother2 lagi...mmng jamak yg btul2 jamak) kat malaysia and the whole world...
hmmm...talking about mother's day, it's nice to have this special day for all the mum in the world..
Today 8 May 2011 is the 'mother's day'...mother's day kononnya (kononnye?) disambut pd setiap bulan mei iaitu pada ahad minggu ke dua, bergantung pada sesebuah negara, tapi biasanya disambut pada bulan Mei.

but one thing which made me pause to ponder is when my someone whom i love n care sooooo much (who is my beloved ummi laaa) said it's good to have mother's day tp dalam Islam takde istilah mother's day- mother's day ni...everyday is mother's day...bila fikir balik...THAT'S RIGHT!
ummi sy :)
Islam memang anjurkan kita muliakan ibu kita tiap2 hari..tak kira masa, tempat and condition.
Dalam Islam, darjat wanita sebagai ibu amat tinggi. Sejarah belum pernah mengenal mana-mana agama atau sistem yang menghormati wanita sebagai seorang ibu serta mengangkat martabatnya seumpama Islam. Islam telah berkali-kali mengulangi nasihat supaya menghormati ibu. Islam meletakkan nasihat itu di tempat kedua selepas nasihat supaya mentauhidkan Allah serta beribadat kepadaNya. Islam menjadikan berbaik kepada ibu sebagai salah satu dari asas kebaikan di samping menjadi haknya lebih kuat dari hak seorang ayah lantaran keperitan mengandung, ,melahir, menyusu dan mendidikkan anaknya.

‘ Dan Kami perintahkan  kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang semakin bertambah dan menyusukannya selama dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu. Hanyalah kepadaKu tempat kembali.’    (Luqman: 14)

‘ Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah. Mengandungkannya sehingga menyusukannya dalah dalam masa tiga puluh bulan.’                                           ( al-'Ahqaf: 15)

Ada sebuah hadith yg-rasenye-semua-org-da-taw ceritakan:
Seorang lelaki telah datang bertemu Rasulullah s.a.w serta bertanya : “siapakah manusia yang paling berhak menjadi sahabatku yang terbaik?”
Sabda Rasulullah s.a.w : “ibumu”
Katanya lagi : “siapa lagi?”
Sabda Rasulullah s.a.w : “ibumu”
Katanya lagi : “siapa lagi?”
Sabda Rasulullah s.a.w : “ibumu”
Katanya lagi : “siapa lagi?”
Sabda Rasulullah s.a.w : “ bapamu”
So, dgn jelasnya Islam sgt mengangkat darjat seorang ibu. Maka kita memang sgt2 digalakkan untuk berbuat baik pd si ibu, sayangkan dia, jaga dia sebagaimana die jaga kita, mungkin kna lebih dri itu.. 
Aaahaaa....Entry kali ini bukanlah bertujuan untuk tidak bersetuju@ tak suka @ mngutuk mereka yg mnyambut @ tak ambik peduli akn sambutan hari ibu..its just that nk ingtkn dri sendiri n sape2 yg terbace bahawa hari ibu adalah tiap2 hari... Tak salah kita raikan ibu on this mother's day dgn bagi hadiah n ucapan etc..tapi berpada2 la kot..jgn mengagung2kan sgt (mcm dlm media massa kini kot) dgn sambutan yg dibawa dr barat tp saranan yg Islam anjurkan kita terlupa pulak..hmm thats all a small piece thought of mine...moga Allah merahmati ibu-ibu kita sekalian...Moga Allah tempatkan mereka di syurgaNya inshaAllah..moga Allah permudahkan perjalanan hidup mereka..ameen..
 n lastly SELAMAT HARI IBU buat ummi and ma...love u both :)(saje wish gak walopun tau mereka tdak membuka belog ini..haha) 
me n ma :)
sy dan ummi:)
"Ketika Allah menciptakan seorang ibu, Dia mengadunkannya dgn bahan yang istimewa dan tahan lama. Mata ibu haruslah mempunyai kuasa yg bukan sahaja mampu melihat luaran, ttp lebih jauh mampu menafsir dan membaca apa yg disembunyikan si anak di balik wajahnya. Telinga ibu mempunya dimensi yang sangat kuat, yg diciptakan drpd bahan yg tidak mudah terhakis. Telinga itu kebal tatkala menahan kata2 pedih yg dikeluarkan oleh anak2 yg dikandungnya itu. Bahu ibu pula dibina drpd bahan yg tdak terlalu keras mahupun terlalu lembut, agar dapat mnjadi tempat anak2nya bersandar. Tangan ibu juga dibina dgn bahan yg cukup kukuh, agar kuat unuk menampung beban anak2nya ketika bekerja seharian mnguruskn keperluan mereka. Di kelopak mata si ibu, Allah mnyediakan satu lubang kecil untuk air matanya. Air mata itu adalah miliknya dan dia boleh mngalirkanya pd bila2 masa shj yg dia mau sambil mngadu pd Allah akn hal2 yg melukai hati2nya. Air mata tika mnahan derita drpd kerenah anak2 yg sering mnyakitkan, dan juga air mata gembira atas kjayaan ank2nya"

 SUBHANALLAH...ALHAMDULILLAH...SYUKRAN LILLAH...atas kurnian ummi yg tercinta...my best ever mum, friend and company.. 
 dan atas kurniaan ma buat suamiku terchenta..yg tak pernah kenal erti penat lelah membesarkannya... 

Ya Allah, berkatilah kehidupan mereka...rahmatilah mereka semua...ameen

Wallahua'lam... 

3 comments:

  1. nice entry! =)

    ur mom is beautiful! [but my mom is cute hehehehe]

    ReplyDelete
  2. wuuuu, nanges adik baca entry ni.. nice2.. best... selamat hari ibu untuk hari hari umi...

    ReplyDelete